SEBELUM PERGI
Aku dapat tugasan yang bukan tugas aku.
Tidak tahu mengapa, aku setuju untuk membuatnya. Sebenarnya aku tak pernah menyatakan persetujuan. Cuma, mereka-mereka menganggap aku setuju. Mungkin aku jarang menolak bila orang meminta pertolongan dan mereka mengandaikan aku setuju.
Entahlah ... bagus kalau ada yang mengingatinya ..
SEMASA PERGI
Aku berada disana dari jam 2.00 petang sampai 5.00 petang.Aku tak pasti kenapa, mengapa hari ini ramai orang.
Regular checkup. Alhamdullilah semuanya sihat.
Jururawat bising sebab berat badan aku cuma naik 200 gram, tidak normal katanya.
Sepatutnya 500 gram.
SELEPAS PERGI
Aku pun pelik dan tak tahu macam mana lagi nak menambah berat badan.
Aku nak pergi Jusco... beli susu Anmum .. cadangan Jururawat.
termampukah aku untuk minumnya ... ntahlah ..
No comments:
Post a Comment