Wednesday, November 19, 2008

aku dulu dan kini ...

hidup penuh ngan perubahan. bila kita membat keputusan untuk menamatkan zaman bujang, pasti banyak perubahan yang berlaku.

Tanggungjawab, jadual harian, pemikiran, gaya hidup, persekitaran, mindset dan pelbagai lagi yang pasti sedikit sebanyak akan berubah. Mungkin ramai akan mengatakan tiada apa yang berubah, hanya tittle di awal nama. Dari Cik bertukan Puan. Sebenar ianya bukan sekadar itu sahaja.

Satu yang mungkin membuatkan aku tertanya-tanya.. pelukah wanita yang berkahwin menukar penampilan? Maksud aku, adakah mereka memang sengaja tidak mementingkan penampilan atau pun kesibukan menguruskan hidup baru membuatkan mereka lupa tentang diri sendiri.

Apa yang aku rasa rasa, ianya adalah pilihan individu. Pilihan yang mungkin buat masa ini. Pilihan yang mungkin akan berubah. Pilihan yang mungkin tak sesuai. Pilihan yang mungkin disalah anggap. Kekadang aku pelik, hidup ini terlalu banyak mungkin dari pasti.

ntahlah ....


















ini adalah gambar ketika aku masih bergelar Cik. <> 3 bulan sebelum berkahwin.


























dan ini adalah gambar aku ketika bergelar Puan dan bakal bergelar ibu. <> 6 bulan setelah berkahwin. 5 bulan pregnant... kekeke .. :)

No comments: